KOMPESISI barangan sukan yang lebih premium.
KOMPESISI barangan sukan yang lebih premium.
PELANGGAN diberi penerangan oleh petugas sebelum membeli barangan.
PELANGGAN diberi penerangan oleh petugas sebelum membeli barangan.
PELBAGAI pilihan barangan buat pencinta futsal.
PELBAGAI pilihan barangan buat pencinta futsal.
PRODUK pilihan buat wanita dan kanak-kanak juga disediakan.
PRODUK pilihan buat wanita dan kanak-kanak juga disediakan.
KONSEP  bercirikan kedai di dalam kedai mampu buat pelanggan teruja.
KONSEP bercirikan kedai di dalam kedai mampu buat pelanggan teruja.
Al-Ikhsan

Nama Al-Ikhsan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup sinonim dengan sukan. Sebut saja Al-Ikhsan pastinya ramai yang sudah mengetahui akan kualiti barangan yang boleh diperoleh di kedai itu.

Sejajar dengan perkembangan sukan di negara ini Al-Ikhsan terus mengorak langkah mengembangkan sayap perniagaan dengan pembukaan outlet terbaru Al-Ikhsan KL Gateway & MyTown.

KL Gateway dan MyTown di buka secara rasminya pada 2 Mac dan 16 Mac lalu adalah outlet terbesar Al-Ikhsan yang bercirikan konsep terbaru.

Konsep yang ditekankan adalah cetusan idea selepas kejayaan kedai konsep baru Al-Ikhsan yang dilancarkan sebelum ini di beberapa negeri seperti di Ipoh Parade (Perak), AEON Tebrau (Johor) dan juga di Queensbay Mall (Pulau Pinang).

KL Gateway dan MyTown melambangkan titik permulaan pelan perkembangan dalam menerajui pasaran barangan sukan di dalam dan di luar negara.

Ia adalah strategi terbaru dalam usaha Al-Ikhsan menembusi pasaran antarabangsa. Antara jenama barangan sukan yang boleh didapati adalah Adidas, Nike, Puma, Asics dan juga jenama Al-Ikhsan yang mula mendapat permintaan tinggi dari pengguna iaitu ALSports.

Jika anda melangkah masuk ke KL Gateway & MyTown, keadaan di dalamnya pasti membuatkan anda teruja.

Bercirikan kedai di dalam kedai, pelanggan boleh mendapatkan barangan bola sepak yang digunakan oleh pemain bola sepak terkemuka dunia termasuk seperti Ronaldo, Messi, Suarez, Griezmann, Rooney dan ramai lagi.

Di kawasan itu juga, pelanggan dapat mengabadikan jersi replika pasukan terkemuka dunia dengan nama dan nombor pilihan mereka.

Jika anda bukan seorang peminat tegar bola sepak. Jangan bimbang Al-Ikhsan KL Gateway & MyTown turut menawarkan produk pilihan buat wanita dan kanak-kanak yang mementingkan gaya, mutu dan keunggulan dari jenama terkemuka dunia.

Mengulas mengenai perancangan masa depan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd kini dalam perancangan memperluaskan jenama Al-Ikhsan bertemakan konsep baru ini di beberapa lokasi strategik.

Selain itu bagi memperkukuhkan penjenamaan Al-Ikhsan beberapa pendekatan baru akan ditekankan dalam usaha untuk memperbaiki lagi pilihan produk jualan agar dapat memenuhi citarasa pelanggan yang terus menyokong Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia.

Pembukaan outlet terbaru tidak akan terhenti setakat ini dengan satu lagi outlet terbaru akan di buka dalam tempoh terdekat ini.

Beberapa pembaharuan akan ditekankan dan yang pastinya ia lebih unik bagi menjamin keselesaan serta menaikkan semangat pelanggan ketika anda membeli belah di Al-Ikhsan.

Antara pembaharuan dan perbezaan yang akan dilakukan adalah menekankan ciri yang berkonsepkan moden dan juga kompesisi barangan sukan yang lebih premium.

Namun begitu Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd juga dalam perancangan menyuntik pembaharuan di kedai konsep asal sebelum ini.

Ini adalah untuk memastikan yang kami memenuhi janji kami ke pelanggan untuk menyediakan barangan sukan berjenama yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 11:03 AM