SEORANG peserta menunjukkan kegemukannya di satu majlis baru-baru ini.  - Agensi
SEORANG peserta menunjukkan kegemukannya di satu majlis baru-baru ini. - Agensi
Agensi

Addis Ababa: Setiap tahun, lelaki suku kaum Bodi di lembah pedalaman Habsyah akan mengadakan pertandingan untuk menjadi segemuk mungkin dalam masa enam bulan.

Sepanjang tempoh itu, peserta hanya minum susu dan darah segar lembu dalam usaha untuk meningkatkan berat badan mereka.

Mereka juga tidak akan dibenarkan mengadakan seks atau meninggalkan pondok masing-masing.

Wanita dan gadis suku kaum itu akan menghantar susu dan darah berkenaan kepada peserta setiap pagi dalam periuk atau buluh.

Meskipun tiada hadiah mahal untuk pemenang, namun banyak keuntungan yang akan diperoleh bagi peserta yang terpilih, termasuk penghormatan tinggi daripada masyarakat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 4:54 AM