laporan Harian Metro sebelum ini.
laporan Harian Metro sebelum ini.
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dijangka tiba di tanahair pada 5 pagi esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka dibenarkan meninggalkan Pyongyang pada 7.45 malam tadi (waktu Malaysia).

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dalam kerajaan yang terbabit dalam rundingan

diketuai Kementerian Luar. Saya secara peribadi amat bimbang mengenai perkara ini dan kami berusaha keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan ini.

"Banyak cabaran berjaya diatasi untuk memastikan kepulangan rakyat Malaysia ini. Keselamatan mereka

sentiasa menjadi keutamaam saya,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata, kerajaan turut membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia untuk

meninggalkan negara ini.

Katanya, selepas bedah siasat selesai dijalankan dan menerima surat daripada keluarga mendiang supaya mayat dikembalikan, Koroner sudah meluluskan pelepasan mayat untuk dihantar ke Korea Utara.

"Kerajaan amat mempercayai prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan pihak polis terhadap jenayah

yang serius ini akan diteruskan dan saya juga sudah mengarahkan semua langkah diambil untuk membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

"Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana semua rakyat Malaysia bersatu mengatasi krisis ini

dalam semangat Negaraku. Ini menunjukkan apa saja boleh dicapai untuk negara jika kita berkerja

sebagai satu pasukan,"katanya.

Awal bulan ini, Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu ekoran krisis diplomatik yang berlaku antara kedua-dua negara selepas pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Berikutan itu, Malaysia turut mengambil tindakan sama dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika dia berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 8:45 PM