Anggota Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengawal ahli geng 360 Devan. FOTO
Anggota Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mengawal ahli geng 360 Devan. FOTO
Sarah Zulkifli


Kajang: Enam lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 360 Devan dua tahun lalu.

Tiada pengakuan dibuat oleh enam tertuduh, Muhammad Rushlan Abdullah, B Letchumanan, K Alagasuveeran, 41, M Paramaguru, R Sathies dan Elangonaidu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, enam tertuduh yang berusia antara 31 hingga 44 tahun itu didakwa menjadi ahli kumpulan Geng 360 Devan di MV Empayer Sdn Bhd, No 1-B Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras di sini, antara 1 Januari 2015 hingga 7 Februari 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 4:15 PM