Khalid (tengah) ketika sidang media bersama Penaung Persatuan Orang Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan) serta Presiden OKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad (kiri) selepas selesai majlis Bingkisan Kaseh OKB PDRM bersama Ketua Polis Negara. FOTO SUPIAN AHMAD
Khalid (tengah) ketika sidang media bersama Penaung Persatuan Orang Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan) serta Presiden OKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad (kiri) selepas selesai majlis Bingkisan Kaseh OKB PDRM bersama Ketua Polis Negara. FOTO SUPIAN AHMAD
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Sesuatu sedang berlaku. Itu yang dinyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Kim Jong-nam.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu turut meminta media bersabar kerana sebarang kenyataan yang dibuat ketika ini akan menjejaskan perancangan kerajaan.

"Something is going on (Sesuatu sedang berlaku). Jadi saya tidak mahu membuat apa-apa statement (kenyataan) kerana ia boleh menjejaskan apa jua perancangan yang sedang dibuat.

"Jadi saya mohon kerjasama daripada rakan-rakan media supaya bersabar sedikit. Apabila sampai masanya nanti, sudah semestinya satu statement (kenyataan) akan dibuat. Kalau tidak oleh saya, PDRM pun, oleh pihak-pihak lain, " katanya pada sidang media selepas menerima anugerah Tokoh Satria Negara daripada Persatuan Orang Kota Bharu di Menara MITI, malam tadi.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perancangan itu turut meminta media tidak memberi liputan yang meluas berhubung isu berkenaan yang turut menjejaskan langkah kerajaan sekarang.

"Terima kasih di atas kerjasama dan bantuan kalian. Sekali lagi saya memohon agar kami diberi sedikit masa lagi.

"Jangan melaporkan secara meluas berhubung kes Kim Jong-nam sehingga kami selesai dengan apa saja yang sedang dilakukan sekarang, " katanya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu oleh dua wanita

menggunakan agen saraf VX.

Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia terjejas berikutan kenyataan yang diberikan bekas Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.

Pada 4 Mac lalu, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai

'Persona Non Grata' selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil oleh Wisma Putra. Beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.

Susulan itu, kerajaan Korea Utara pula mengeluarkan sekatan ke atas sembilan rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 11:25 PM