PELAKON Hairul Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada Konsert Akhir Gegar Vaganza. FOTO Adi Safri
PELAKON Hairul Azreen dan Hanis Zalikha membuat kejutan lamaran pada Konsert Akhir Gegar Vaganza. FOTO Adi Safri
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Segmen pelakon Hairul Azreen, 27, melamar kekasihnya yang juga pelakon Hanis Zalikha, 25, di pentas final Gegar Vaganza di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi memang dirancang Astro selepas Hairul meluahkan hasratnya kepada Astro untuk berbuat demikian.

Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad Ramli berkata, ia dilakukan kerana mereka mahu melakukan gimik dan kelainan.

“€œWalaupun ada yang tidak suka, saya terima komen dan pandangan setiap orang. Saya anggap ia mungkin kesalahan kami dalam usaha mencuba sesuatu yang baru dan akan kami diperbaiki pada masa akan datang,”€ katanya.

Hairul ketika ditemui berkata, memang dia berniat hendak melamar Hanis, namun tidak terfikir ia akan berlaku di atas pentas.

“€œIdea itu datang daripada Astro selepas saya bertemu mereka untuk meminta pandangan bagi melamar Hanis. Apabila Raqim sendiri menyarankan ia dilakukan pada konsert akhir Gegar Vaganza saya pada mulanya bimbang juga.

“€œIni kerana perancangan itu seperti tidak kena dengan program berkenaan, namun selepas dia memberitahu ia adalah pembaharuan yang cuba ditampilkan oleh Astro saya akur.

“€œKeberanian melamar Hanis di depan khalayak juga wujud kerana saya benar-benar ikhlas mahu memperisterikannya. Selama ini orang hanya tahu kami kawan baik saja” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:37 PM