PASUKAN Chelsea Soccer School Hong Kong muncul juara B-16.
PASUKAN Chelsea Soccer School Hong Kong muncul juara B-16.
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Selepas penganjuran Cabaran Antarabangsa Jeonsa (JCIC) 2017 minggu lalu, Jeonsa FC percaya mereka berada di landasan tepat mempersiapkan sebuah pasukan mantap untuk menghadapi Piala Gothia di China, Ogos depan.

Presiden Jeonsa FC, Mohd Arifin Adenan yakin kelab itu akan mengharumkan imej negara di pentas antarabangsa.

“JCIC 2017 satu platform persiapan terbaik buat semua pasukan. Pemain yang beraksi di sini adalah masa depan bola sepak negara masing-masing serta bakal beraksi di satu kejohanan remaja terbesar dunia (Piala Gothia).

“Kami harap ia memberi manfaat kepada semua pasukan dan Jeonsa FC akan membentuk pasukan terbaik untuk membawa cabaran di Piala Gothia,” kata Arifin.

Jelasnya, Jeonsa FC pernah membawa imej Malaysia pada Kejohanan Soong Chin Ling di Beijing tahun lalu apabila muncul naib juara.

JCIC 2017 menyaksikan juara menjadi milik Chelsea Soccer School Hong Kong (kategori B-16) dan wakil Malaysia, Black Tigers FC dari Pulau Pinang (kategori B-14) selain menampilkan wakil dari Thailand dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 11:32 PM