LIM  bersama pemenang selepas majlis penyampaian hadiah Magical Moment Trip to Korea di Sepang.
LIM bersama pemenang selepas majlis penyampaian hadiah Magical Moment Trip to Korea di Sepang.
Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Seramai 24 pelanggan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) bertuah apabila terpilih dalam kalangan 89,583 penyertaan memenangi pakej percutian ke Korea Selatan menerusi kempen peraduan ‘Magical Moment Trip to Korea 2016’.

Kempen yang berlangsung mulai 1 September hingga 30 November itu menawarkan hadiah menarik iaitu pakej percutian ke Korea Selatan selama seminggu termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Pengarah Urusannya, KH Lim berkata, kempen berkenaan dianjurkan sempena ulang tahun ke-27 syarikat selain meraikan pelanggan setianya.

Beliau berkata, kempen itu dianjurkan dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia), AEON Credit Service (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank).

“Sebanyak RM208 juta nilai jualan direkodkan sepanjang peraduan berkenaan dengan Samsung Malaysia (RM40 juta), AEON (RM32 juta) dan Maybank (RM40 juta).

“Kami menerima 89,583 penyertaan di seluruh cawangan Senheng dan Pusat Digital SenQ seluruh negara, namun hanya 24 pemenang dipilih iaitu enam pemenang dari Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah masing-masing empat pemenang, Sarawak (tiga), Pahang (tiga) dan masing-masing dua pemenang dari Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Katanya, pemenang bertuah sudah berlepas ke Korea Selatan pada Jumaat lalu dan dijangka pulang pada 30 Mac ini.

Sementara itu, pemenang, Mohd Firdaus Abd Rahim, 31, berkata, dia tidak menyangka terpilih dalam kalangan pemenang bertuah peraduan itu.

Beliau yang juga penjaga stor di syarikat sajian makanan dalam penerbangan berkata, dia mulanya menyangka ia hanya panggilan ‘prank’ namun selepas diperiksa, ia panggilan daripada kakitangan Senheng.

“Saya menyertai kempen berkenaan selepas membeli set teater rumah berharga RM2,700. Ini kali pertama saya memenangi peraduan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 11:02 PM