Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching bergambar bersama peminjam PTPTN yang berunding dan membuat bayaran balik di Pejabat PTPTN Cawangan KLIA2 selepas menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MOU) antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan AirAsia Berhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). FOTO Fariz Iswadi Ismail

Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan cawangan ke- 70 mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Lumpur 2 (klia2) hari ini bertujuan menyediakan khidmat pemudahcara dan rundingan kepada peminjam yang berdepan masalah bayaran balik.

Majlis pelancaran cawangan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Pejabat cawangan PTPTN berkenaan sudah beroperasi 1 Mac lalu dan ia dibuka 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dengan menempatkan empat pengurus cawangan dan lapan eksekutif pemasaran.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, setakat 31 Januari lalu, 312,068 daripada 586,863 peminjam sudah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia dimana mereka hadir untuk melakukan rundingan bayaran semula.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 3:26 PM