HM Digital

• Jenazah Allahyarham Johan Nawawi, suami kepada penyanyi Nora Ariffin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

• Model sambilan OKU yang memandu lawan arus mengaku tak salah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga sebabkan kematian.

• Seorang peniaga didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Dato Lew Yan Sip, 13 Mac lalu.

• Polis tahan tiga suspek anggota kumpulan curi kereta di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Isnin lalu, dan rampas lima kereta mewah dianggar bernilai RM900,000.

• Pengurus ladang sawit, L Ganis, 43, didakwa memperdagangkan 15 individu, termasuk dua remaja lelaki bagi maksud eksploitasi buruh paksa.

• Selepas tiga bulan menghilangkan diri, seorang lelaki suspek utama kes pecah rumah di sekitar Seksyen 7, di sini akhirnya diberkas polis.

• LIMA’17 yang dibuka kepada orang ramai mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 50,000 pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 7:01 PM