Mohd Nur Hussein ketika dibawa ke dalam mahkamah untuk pertuduhan. - Foto L MANIMARAN
Mohd Nur Hussein ketika dibawa ke dalam mahkamah untuk pertuduhan. - Foto L MANIMARAN
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang wanita di sebuah rumah di Taman Dato Lew Yan Sip, Ipoh, 13 Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Nur Hussein Mohd Salleh, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mohd Nur Hussein didakwa membunuh Hamidah Abdul Rahman,53, di sebuah rumah di Persiaran Wira Jaya Timur 38, Taman Dato Lew Yan Sip di sini, antara 12 tengah malam hingga 5 pagi, 13 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Sally Chai Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam Ashvinder Kaur.

Terdahulu Ashvinder memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini, untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Nur Melati Diana membenarkan permohonan itu dan kes akan disebut semula 20 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 12:04 PM