FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seorang buruh binaan warga Nepal maut dihempap gondola di tapak pembinaan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7, Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu turut mencederakan seorang pekerja Bangladesh.

"Kejadian berlaku apabila gondola sementara yang digunakan di tapak pembinaan itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan manakala mayat lelaki warga Nepal di bawa ke Jabatan Forensik hospital sama.

Rosly berkata, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 12:08 PM