SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyambut jabat rakyatnya di Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyambut jabat rakyatnya di Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lebih 10,000 warga Johor membanjiri Dataran Bandaraya, di sini, hari ini, bagi menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, pada 3.45 petang, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut berangkat menghadiri majlis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Pada majlis itu, baginda turut memotong pelbagai jenis kek yang dipersembahkan sebelum diagihkan kepada hadirin.

Orang ramai yang hadir berkesempatan bersalaman dengan baginda sambil menikmati pelbagai juadah yang termasuk makanan tradisional Johor sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan pelbagai bangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 6:46 PM