TREND Gen Y kini lebih gemar belajar di luar bilik kuliah.
TREND Gen Y kini lebih gemar belajar di luar bilik kuliah.
TREND Gen Y kini lebih gemar belajar di luar bilik kuliah.
TREND Gen Y kini lebih gemar belajar di luar bilik kuliah.
Shuhada Mansor

Untuk atasi rasa bosan belajar dalam kelas atau bilik kuliah, kita akan terfikir untuk ke tempat lain dengan suasana berbeza. Mungkin ruang kuliah lebih tertutup dengan dikelilingi penuntut lain membuatkan anda rasa sesak dan tertekan. Oleh itu, lokasi luar kuliah menjadi pilihan.

Trend belajar di luar kelas cukup popular apatah lagi jika ia dilakukan secara berkumpulan. Gerai mamak, restoran makanan segera, rumah rakan antara yang sering dibanjiri pelajar. Gen Y beri idea lokasi lain boleh anda pergi selain yang disenaraikan di atas.

KAFE

Wujudnya pelbagai konsep kafe dengan dekorasi berbeza pastinya mampu memberi aura berlainan untuk anda mengulang kaji pelajaran. Kebanyakan kafe ini dibuka di kawasan yang padat dengan pelajar institusi pengajian tinggi atau kolej. Jadi, tak perlulah anda pening untuk cari kafe berdekatan kawasan anda.

Pilih kafe yang santai dengan ruang lebih luas. Elakkan kafe yang padat dengan pelanggan. Atau lebih tepat, anda perlu tahu waktu kafe kegemaran anda kurang dikunjungi pelanggan. Itulah masa terbaik untuk ke sana dan selesaikan tugasan dengan hidangan secawan kopi.

PERPUSTAKAAN

Kedengaran bosan tapi tahukah anda ada perpustakaan persendirian dibuka untuk orang awam. Jangan malas mencari yang berhampiran lokasi anda.

Kita mungkin terhimpit dengan persepsi perpustakaan adalah ‘port’ membosankan. Dekorasi sama dengan rak buku lama dan perlu mematuhi prosedur tertentu menjadikan kita malas ke sana. Manfaatkan Internet dan cari perpustakaan yang ‘cool’ di ibu kota. Itu antara pilihan yang boleh anda cuba jika mahu lebih mudah untuk menyelesaikan penyelidikan atau kerja diberikan. Antara yang anda boleh lihat, perpustakaan komuniti di Bangsar.

TAMAN REKREASI

Sekiranya mahu belajar secara berkumpulan, pastilah kita mahukan ruang yang selesa. Kafe mungkin agak terbatas memandangkan anda perlu menggunakan kerusi dan meja yang banyak. Perpustakaan tidak tersenarai sama sekali kerana diskusi pasti menjadikan suasana bising dengan perkongsian idea sama sendiri.

Ruang lapang atau taman rekreasi adalah pilihan tepat. Bukannya sukar, cuma perlu bawa alas untuk bentangkan di atas tanah lapang dan bawalah bantal, buku, atau kelengkapan lain untuk menjadikan ia lebih meriah. Selain berbincang, anda boleh selitkan kudap-kudapan untuk jadikan ia seperti berkelah tetapi masih dalam suasana belajar. Di sini, anda boleh berdebat atau melaungkan apa saja idea tanpa akan ditegur sesiapa. Jangan cepat rasa bosan untuk belajar kerana anda mempunyai pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 5:02 AM