SHERRY puas hati dengan kualiti single pertama,  Seikhlas Cinta.
SHERRY puas hati dengan kualiti single pertama, Seikhlas Cinta.
Ramlah Zainal


Kisah cinta penuh sensasi dengan pelakon kacak Fattah Amin lebih diperkatakan peminat berbanding karier seninya.

Selepas episod cinta itu berakhir, sampai masanya pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Teduhan Kasih ini mengukuhkan nama dalam bidang diceburi.

Bagi Sherry atau pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 33, apa yang penting, dia mahu karier lakonan dan nyanyian bergerak seiring.

Selepas drama bersiri Tuhan Pun Tahu bergandingan dengan pelakon Afiq Muiz untuk saluran HypTV, Sherry berehat seketika dalam lakonan.

“Ramai peminat rindu melihat saya kembali berlakon. Selepas berhijab saya perlu pilih watak agar selari dengan penampilan tetapi itu tidak bermakna saya membataskan lakonan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 5:01 AM