PESAWAT ringan pengangkutan marin, Airfish 8 dari Singapura tiba Pulau Langkawi untuk LIMA 2017 yang akan bermula Selasa ini. FOTO Hamzah Osman
PESAWAT ringan pengangkutan marin, Airfish 8 dari Singapura tiba Pulau Langkawi untuk LIMA 2017 yang akan bermula Selasa ini. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman

Langkawi: Persiapan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang juga edisi ke-14, di sini, kian rancak.

Tinjauan pada sesi latihan aerobatik Jupiter dari Indonesia dan Black Eagle (Korea Selatan) yang menampilkan beberapa formasi menarik di udara menjadi tumpuan ramai.

PETUGAS dan juruterbang Jupiter dari Indonesia membuat persiapan sebelum memulakan latihan pertunjukan udara sempena di LIMA 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, hari ini. IHSAN Jefry Ramli

Lebih 500 penduduk tempatan dan pelancong di persekitaran LTAL dan Bukit Chengkuan memberi tepukan menyaksikan formasi itu.

Difahamkan, dua sesi latihan diadakan hari ini dengan sesi pertama bermula 7.50 hingga 8.30 pagi, manakala sesi kedua 12.20 hingga 2.45 petang turut membabitkan aksi solo jet pejuang Rafale dari Tentera Udara Perancis.

JURUTERBANG Black Eagle dari Korea Selatan bersiap untuk udara LIMA 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. IHSAN Jefry Ramli
JURUTERBANG Black Eagle dari Korea Selatan bersiap untuk udara LIMA 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. IHSAN Jefry Ramli

Tidak kurang hebat, persembahan solo juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi formasi ‘melayang dan menjunam' menggunakan jet pejuang F/A-18 Hornet dan Sukhoi SU-30MKM.

Pengurus Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Langkawi, Jefry Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dan Black Eagle dari Korea Selatan adalah antara pasukan yang terbabit dalam sesi latihan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 9:41 PM