Siraj Zaini dan Amrullah Karim


Bukit Beruntung: Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang dikhuatiri lemas diperluaskan sehingga jarak lima kilometer sepanjang sungai SKC di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kawasan pencarian terpaksa dibesarkan berikutan mayat mangsa lemas yang terbaru dijumpai kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian disebabkan semua mangsa keluar untuk menangguk ikan ketika hujan lebat petang tadi sebelum dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.

"Mereka dipercayai dihanyutkan arus deras oleh kepala air selepas hujan di sungai berkenaan,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Supramaniam berkata, operasi mencari dam menyelamat itu membabitkan kekuatan seramai 45 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan RELA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 12:46 AM