Norizuan Shamsuddin


Hulu Selangor: Mayat seorang daripada dua kanak-kanak yang dihanyutkan arus sungai SKC ditemui di Sungai Selangor, pada 11.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam, berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan identiti mayat terbabit.

Katanya, mangsa ditemui tebing sungai berkenaan dengan jarak lima kilometer dari pusat operasi SAR di Kampung Timah.

Mangsa ditemui dalam keadaan masih berpakaian lengkap dan jasad dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi pengecaman.

"Operasi masih diteruskan bagi mencari mangsa terakhir," katanya pada sidang media di Pusat Operasi SAR, di sini, hari ini.

Masih dicari (seorang daripadanya dah ditemui)

Muhammad Aiman Kamarul, 12

Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10

Lemas

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12

Amirul Hakimi Khairul Amru, 9

Shahrizwan Abdullah, 10

Shahrizat Abdullah, 12

Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 12:12 PM