Siti Saleha akan bernikah dengan Lutfi. FOTO HM
Siti Saleha akan bernikah dengan Lutfi. FOTO HM
Georgie Joseph


Petaling Jaya: Pelakon Siti Saleha, 27, memaklumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada Julai nanti.

Saleha bagaimanapun berkata tarikh sebenar majlis terbabit belum diputuskan lagi.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu juga mengakui sangat teruja untuk mendirikan rumah tangga dan tidak tertekan dengan persiapan menjelang hari bahagia itu.

"Setakat ini belum ada tarikh lagi. Sama ada ia akan berlangsung pada hujung Julai atau awal Ogos, akan diputuskan keluarga.

"Insya-Allah persiapan akan bermula selepas Aidilfitri nanti. Kalau boleh saya tak mahu fikir sangat mengenainya.

“Mungkin saya akan upah perancang perkahwinan bagi memudahkan urusan,” katanya.

November tahun lalu, Saleha mengikat tali pertunangan dengan Lutfi yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

Terdahulu, pasangan ini merancang bernikah awal tahun ini tetapi menundanya selepas Aidilfitri nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 3:56 PM