Saleha ceria dengan busana putih. FOTO SYAFIL SYAZWAN JEFRI
Saleha ceria dengan busana putih. FOTO SYAFIL SYAZWAN JEFRI
Syafil Syazwan Jefri


DENGAN sekali lafaz pelakon Siti Saleha, 27, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Ahmad Lutfi Azhar, 31, hari ini.

Majlis yang berlangsung di TPC, Kuala Lumpur jam 3.35 petang tadi menyaksikan pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Saleha, Mohd Baharum Abdul Rahman.

Bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu menerima mas kahwin RM500 beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua pihak.

Saleha dan Lutfi mengikat tali pertunangan pada 26 November 2016 sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Majlis resepsi Saleha akan berlangsung esok (Sabtu) manakala pihak lelaki pula pada 5 dan 12 Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 5:23 PM