Siti Saleha
Siti Saleha
Zaara Talita


Kuala Lumpur : "I'm good (Saya berada dalam keadaan baik)".

Demikian status terbaru yang dimuat naik pelakon popular, Siti Saleha, 31, di Instagram, hari ini.

Ia dimuat naik kira-kira jam 10 pagi hari ini bagi memaklumkan dirinya berada dalam baik selepas kisah dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, semalam bagi sebutan kes perceraiannya dengan suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, menjadi bualan dalam kalangan netizen dan industri hiburan tanah air.

Saleha semalam mengesahkan kepada Harian Metro dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi atas kebenaran mahkamah.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam tempoh dua jam, hantaran Saleha itu menerima hampir 43,000 likes dan 800 komen.

Rata-ratanya daripada peminat dan rakan artis yang meletakkan emoji hati selain menyatakan sokongan terhadapnya.

Sebelum itu, tinjauan Harian Metro di Instagram Saleha mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suami ialah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh itu, Saleha memuat naik gambar di dua hantaran berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 1:04 PM