HERRERA (kiri) dilayang kad merah selepas mengasari Hazard.
HERRERA (kiri) dilayang kad merah selepas mengasari Hazard.
AFP

London: Antonio Conte mengutuk percubaan sinis Manchester United untuk menggertak Chelsea dengan kemenangan pada suku akhir Piala FA Inggeris namun Jose Mourinho membalas musuhnya dengan menegaskan beliau masih kekal sebagai pengurus terbaik Blues.

Jurulatih Chelsea Conte berang dengan pendekatan agresif United apabila Ander Herrera dibuang padang selepas dua kali mengasari Eden Hazard dengan kemenangan 1-0 di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Marcos Rojo terlepas kad merah kerana memijak Hazard pada babak kedua di Stamford Bridge, namun pertahanan United itu sudah pasti akan digantung jika Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mengkaji semula kesalahan itu.

Conte begitu berang dengan kekasaran berterusan hinggakan beliau terbabit dalam pertelagahan dengan pengurus United Mourinho sebelum dileraikan pegawai perlawanan.

Ditanya mengenai taktik United, Conte berkata: “Pemain saya mahu bermain bola tapi dalam tempoh 25 minit ia sesuatu yang mustahil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 6:18 AM