Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Laici ialah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang tumbuh liar di selatan China, selatan Indonesia, Thailand dan Timur Filipina.

Di Malaysia, lazimnya terdapat di Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Penanaman laici melalui biji benih biasanya tidak dilakukan dalam pertanian. Kaedah itu amat popular digunakan diikuti dengan kaedah cantuman dan keratan.

Laici ialah sejenis pokok yang rimbun dan mempunyai ketinggian sehingga 30 meter (m) dan boleh hidup lama.

Batang pokok pendek, dahan bengkang-bengkok yang membentuk silara lebar serta ada yang berdahan lurus dengan silara berbentuk bulat.

Buahnya jenis pepauh berbentuk bulat, bujur telur atau bentuk jantung berukuran diameter 2.5 hingga 3.5 sentimeter (cm).

Buahnya ketika muda berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Kulitnya nipis dan mudah dikeluarkan. Isi laici tebal dan berair serta mudah ditanggalkan daripada bijinya.

Bijinya mempunyai permukaan kulit yang keras dan strukturnya menyamai biji buah mata kucing atau longan.

Manakala bunganya kecil, berwarna putih kekuning-kuningan, tumbuh pada jambak bunga yang bercabang-cabang.

Sebagai sumber produk makanan dalam tin, air rebusan biji laici boleh diminum bagi mengatasi dahaga, menyejukkan badan dan menghilangkan sakit badan.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional seperti buah, biji, daun dan kulit bunga. - Sumber: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 10:16 AM