Mohd Sabran Md Sani


Iskandar Puteri: Lelaki cedera terbakar hampir 90 peratus anggota badannya selepas dipercayai membakar diri di kawasan taman permainan Jalan Indah Utama, Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian berkenaan membabitkan mangsa berusia 30-an pada 5.10 petang berhampiran kawasan itu.

Katanya, mangsa dilihat membakar diri sebelum dibantu orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa disyaki menbakar diri menggunakan minyak petrol.

"Mangsa dipercayai 90 peratus terbakar dan pakaian mangsa dipercayai hanya berseluar pendek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Katanya berikutan itu, mangsa dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh diri dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 10:47 AM
NOOR Hashim (kiri) bersama pegawainya menunjukkan gambar mangsa membakar diri disyaki menggunakan minyak petrol. FOTO Zulkarnain Ahmad
NOOR Hashim (kiri) bersama pegawainya menunjukkan gambar mangsa membakar diri disyaki menggunakan minyak petrol. FOTO Zulkarnain Ahmad