Basra: Tiga imam berfahaman Sunni ditembak mati lelaki bersenjata di Basra, wilayah yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah.

Ketua jawatankuasa keselamatan daerah al-Zubair di wilayah itu Raikan Mahdi berkata, serangan yang dilakukan kumpulan yang tidak dikenali itu mencederakan dua imam.

Serangan berlaku ketika imam terbabit dalam perjalanan dari Basra ke al-Zubair selepas menghadiri mesyuarat berhubung sambutan Maulidur Rasul.

Menteri Dalam Negeri Mohammed Ghabban mengarahkan siasatan segera kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu mendakwa kejadian didalangi ‘pihak yang berkhidmat untuk kumpulan Negara Islam (IS).’

Parti politik Sunni utama negara itu, Parti Islamik Iraq mendakwa serangan dilakukan penjenayah, merujuk kepada militia Syiah yang menyokong usaha kerajaan Iraq memerangi IS.

Militia Syiah Iraq memainkan peranan penting dalam operasi menentang IS, tetapi turut menculik dan membunuh penduduk berfahaman Sunni negara itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:03 AM