Enrique yakin skuadnya mampu benam PSG. FOTO AGENSI
Enrique yakin skuadnya mampu benam PSG. FOTO AGENSI
Reuters

Barcelona: Barcelona mungkin ‘putus harapan’ untuk bangkit selepas kecundang 4-0 kepada Paris St Germain dalam Liga Juara Juara (UCL) tetapi bos Luis Enrique ‘yakin’ kelab Sepanyol itu mampu mengubah keputusan.

Kemenangan 5-0 Barcelona ke atas Celta Vigo malam tadi memberikan kejayaan keempat berturut turut buat mereka sejak mengalami kekalahan teruk pada peringkat 16 terakhir UCL di Paris bulan lalu.

Luis Enrique memberitahu Barca memiliki kemampuan untuk muncul pasukan pertama mengubah keputusan biarpun ketinggalan empat gol dalam UCL apabila menanti kunjungan PSG di perlawanan kedua pada 15 Mac.

"Saya sudah lama memikirkan perlawanan itu kerana ia bukan perkara biasa apabila mereka menewaskan kami dengan mudah. Kami pasukan terbaik dan mampu bangkit pada perlawanan 90 minit kedua nanti di tempat sendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 2:42 PM