FOTO yang dirakamkan pada 9 November 2016 memaparkan Pemain Laos, Sitthideth Khantavong, melakukan tendangan untuk cuba menewaskan penjaga gol Mongolia, pada saingan Piala AFC Solidarity Cup 2016 di Stadium Sarawak, Petra Jaya Kuching. FAIL Che Rani Che Din

SEPAKAN penalti kini dikaji oleh International Football Association Board (IFAB) supaya lebih sukar diramal.

Badan itu dikatakan sedang menjalankan kajian untuk menggunakan sistem ‘tie-break’ seperti yang dilaksanakan dalam tenis.

Mengikut kajian, pasukan yang mengambil dulu sepakan penalti mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus untuk muncul sebagai pemenang.

IFAB akan menjalankan ujian di peringkat perlawanan kelas bawahan menggunakan pendekatan baru iaitu campuran antara pasukan A dan B kepada sistem >ABBAABBAAB.

“Kami percaya sistem >ABBA tidak akan memberi kelebihan kepada pasukan pertama yang diberi sepakan penalti. Tapi, semuanya belum muktamad.”

Demikian penjelasan CEO Scottish Football Association, Stewart Regan, selepas mesyuarat IFAB, di London.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2017 @ 10:54 AM