Hazwan Bakri (kiri) meraikan jaringan. FOTO HM/ MOHD AZREN JAMALUDIN
Hazwan Bakri (kiri) meraikan jaringan. FOTO HM/ MOHD AZREN JAMALUDIN
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (Johor DT) memperoleh tiga mata penuh selepas menewaskan Pahang 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Larkin di sini, malam ini.

Penyerang nombor sembilan JDT, Ahmad Hazwan Bakri menjadi wira kepada pasukan Harimau Selatan selepas menyumbangkan dua gol meskipun pasukan pelawat mendahului di hadapan.

Terdahulu babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat mendahului di hadapan apabila memperoleh gol pertama hasil sepakan pemain import Matheus Alves Leandro pada minit ke-14.

Biarpun agak ketinggalan, Ahmad Hazwan membenam hasrat Pahang berpesta gol selepas menjaringkan gol sulung menerusi sepakan diperoleh pada minit ke-29, hasil sepakan penalti diperoleh Safiq Rahim.

Tidak menunggu lama, Ahmad Hazwan menambah gol kedua buat pasukan JDT menerusi jaringan pada minit ke-35 sekaligus membolehkan pasukan tuan rumah kekal hingga babak pertama berakhir.

Kapten pasukan JDT, Safiq Rahim membantu pasukan tuan rumah menambah gol ketiga yang diperoleh selepas menyudahkan sepakan S Kunanlan ke gawang lawan pada minit ke-55.

Matheus Alves Leandro mendekatkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua buat Skuad Tok Gajah menerusi sepakan percuma diperoleh pada minit ke-67.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 11:12 PM