AGUERO julang City. FOTO Reuters
AGUERO julang City. FOTO Reuters
Reuters

Manchester, England: Sergio Aguero meledak dua gol ketika Manchester City terselamat daripada ancaman awal sebelum layak ke suku akhir Piala FA Inggeris dengan kemenangan besar 5-1 ke atas kelab divisyen dua Huddersfield Town pada aksi ulangan pusingan kelima, awal pagi semalam.

City, ketiga dalam carta Liga Perdana, ketinggalan selepas tujuh minit apabila Harry Bunn merembat leret mengatasi penjaga gol Claudio Bravo namun ia menyedarkan tuan rumah supaya bangkit.

Leroy Sane menyamakan kedudukan sebelum penalti Aguero dan tampanan masuk Pablo Zabaleta memberikan mereka kelebihan 3-1 ketika rehat, dengan tiga gol pertama mereka hadir dalam tempoh lapan minit.

Aguero menyumbat gol keempat pada babak kedua dan Kelechi Iheanacho melengkapkan penguasaan mereka pada masa kecederaan ketika City menempah tiket pertemuan dengan kelab Liga Perdana, Middlesbrough pada suku akhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 7:54 AM