SITI SALEHA. FOTO Wan Izhar
SITI SALEHA. FOTO Wan Izhar
Amirul Haswendy Ashari.


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Perumpamaan itu boleh dikaitkan dengan pelakon jelita Siti Saleha Mohd Baharom, 26, tatkala berbicara soal tuah.

Pelakon yang mula dikenali melalui drama Nora Elena pada 2011, ternyata memiliki aura tersendiri biarpun tanpa usikan nakal gosip yang mampu menggugat kredibilitinya sebagai anak seni.

Tahun 2016 berakhir dengan cukup baik buat Saleha di segi kerjaya dan peribadi. Orang kata, perancangan yang baik memberi hasil yang cemerlang dan begitulah sebaliknya. Ternyata Saleha bertuah dan rezeki berpihak kepadanya.

Bagaimanapun, Saleha akui tidak pernah merancang untuk segala berita baik yang berlaku dalam kerjaya seni mahupun peribadi. Dia melihat ia sebagai rezeki dan sangat mensyukurinya.

“Tahun lalu sangat memuaskan kerana saya mendapat pilihan kerja yang ‘fleksibel’ dan tepat dan pastinya dari segi peribadi, saya menemui cinta hati saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:29 AM