ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian menemui dua tandan pisang muda yang ditinggalkan pencuri di sekitar kebun milik Rohaya di Kampung Sulir di Segamat.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian menemui dua tandan pisang muda yang ditinggalkan pencuri di sekitar kebun milik Rohaya di Kampung Sulir di Segamat.
Ahmad Ismail


Segamat: Seorang pekebun berusia 60 tahun berputih mata apabila 53 tandan pisang yang sepatutnya dituai untuk dihantar ke sebuah kilang kerepek bernilai RM1,000, hilang dalam kejadian di Kampung Sulir di sini, semalam.

Pekebun terbabit, Rohaya Hamid berkata, dia tidak bernasib baik apabila pencuri pisang terbabit mendahuluinya hanya beberapa jam sebelum sempat menuai hasilnya.

Katanya, dia bercadang menuai hasil tanaman pelbagai jenis pisang yang matang itu untuk dijual kepada pembuat kerepek di sekitar Segamat, di sini, jam 7 pagi, semalam.

“Namun, saya terkejut apabila mendapati ia lesap, malah bahagian tandannya terdapat kesan dipotong.

“Jika di lihat dari luar kawasan kebun pisang seluas 0.6 hektar itu, tiada sebatang pokok pun yang tumbang, namun apabila diamati, 53 tandan pisang termasuk pisang tanduk, lang, nangka dan pisang emas dilarikan pencuri,” katanya ditemui di kebun pisangnya di Kampung Sulir di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 5:35 AM