Doan Thi Huong.
Doan Thi Huong.
BERNAMA

Hanoi: Vietnam sedang menyiasat maklumat seorang wanita menggunakan pasport negara itu yang ditahan polis Malaysia berhubung pembunuhan Kim Jong-nam di Malaysia, lapor Vietnam News Agency (VNA).

VNA memetik Jabatan Konsular Kementerian Luar sebagai berkata semalam, sebaik mendapat maklumat kes itu, kementerian mengarahkan Kedutaan Vietnam di Malaysia "supaya bekerjasama dengan pihak tempatan bagi membuat pengesahan maklumat itu".

Seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong ditahan di Malaysia susulan pembunuhan Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Klia 2, Sepang.

VNA melaporkan agensi berkenaan di Vietnam juga sedang menyiasat kes itu secara rapi selain Kedutaan Vietnam di Malaysia.

Polis Malaysia juga menahan seorang wanita, Siti Aishah, yang menggunakan pasport Indonesia; seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 6:10 PM