Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta di Senai kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai sebanyak RM720,000.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi ketika hadir ke pejabat SPRM negeri untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu berhubung urusan import dan eksport bahan kimia pada 2014 hingga 2016.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan atau mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 3:43 PM