Dalam merakam gambar menggunakan kamera digital, terdapat pengetahuan asas yang perlu anda ketahui sebelum mula menggunakannya.

Dengan mengetahui tip fotografi yang terbaik, mungkin anda berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.

1. Sentiasa menetapkan semula tetapan kamera: Semak tetapan kamera anda sebelum menggunakannya.

2. Format kad memori: Format kad memori anda untuk mengurangkan risiko kerosakan data berbanding memadamkannya.

3. Kemas kini perisian tegar (firmware): Perisian tegar digunakan untuk memproses imej, menetapkan parameter dan juga mengawal ciri yang terdapat di dalam kamera. Semak laman web jenama kamera anda untuk memastikan perisian tegar kamera digital anda adalah versi terbaru.

4. Caj bateri kamera: Jangan terlalu yakin bahawa bateri kamera anda sentiasa penuh. Pastikan anda semak jangka hayat bateri terlebih dahulu supaya penggunaannya tidak terbantut ketika merakam gambar.

5: Tetapkan saiz imej: Resolusi tertinggi pastinya menawarkan kualiti terbaik. Tetapi pastikan tahap resolusi imej menepati keperluan anda kerana menetapkan resolusi imej yang rendah bukan saja dapat menjimatkan ruang memori anda, malah dapat melancarkan penggunaan kamera. Resolusi imej yang tinggi boleh membuatkan kamera anda ‘hang’.

6. Format fail: RAW, JPEG atau kedua-duanya?: Sekiranya anda berniat untuk melakukan sebarang manipulasi atau ‘retouching’, RAW adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun, fail RAW lebih besar, jadi kamera akan mengambil sedikit masa dan anda juga perlu memproses foto sebelum dicetak. Sebaliknya JPEG membenarkan anda mencetak gambar dalam kadar segera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 6:35 AM