X-T2 dan SP-2 taruhan Fujifilm.
X-T2 dan SP-2 taruhan Fujifilm.
Afiq Hanif


Dua produk mencuri tumpuan penggemar fotografi apabila Fujifilm melancarkan model kamera DSLR X-T2 dan pencetak foto saiz poket, Instax SP-2.

X-T2 menjadi kamera ‘mirrorless’ profesional yang menampilkan sensor APS-C Fujifilm generasi ketiga, X-Trans III beresolusi 24.3MP berbanding X-Trans II yang memiliki hanya 16MP pada model X-T1 sebelum ini.

Malah dengan pemprosesan baru itu juga, kamera mirrorless ini mampu merakam video 4K tanpa masalah.

Selain itu, ia kamera tahan lasak apabila kalis debu, air dan boleh beroperasi dalam suhu serendah -10 darjah Celsius.

Ciri baru iaitu simulasi filem diperkenalkan dengan harapan memberikan penggunanya kemudahan mensimulasikan keadaan gambar seperti mengunakan filem ACROS yang pertama diperkenalkan pada kamera Fujifilm.

Setakat ini, terdapat 22 jenis lensa pelbagai jenis yang boleh dipasang pada kamera ini.

Bagi Instax SP-2 pula, ia menjadikan aktiviti mencetak lebih menyeronokkan dan pantas apabila ia dilengkapkan dengan sambungan WiFi serta kelajuan mencetak yang lebih pantas.

Setakat ini, rekod mencetak bagi mesin ini adalah 10 saat bagi setiap gambar.

SPESIFIKASI:

FUJIFILM X-T2

Harga: RM7,688 / RM8,988 (dengan kit 18-55mm)

Resolusi: 24.3MP

Sensor imej: 23.6 x 15.6mm(APS-C) X-Trans CMOS III

Storan: SD Card (-2G) / SDHC Card (-32G) / SDXC Card (-256G) UHS-I / UHS-II*1

Format fail: JPEG (Exif Ver.2.3)*2, RAW : 14bit RAW(RAF original format), RAW+JPEG, MPEG-4 AVC / H.264

Sensitiviti: AUTO1 / AUTO2 / AUTO3(up to ISO12800) / ISO200 to 12800(1/3)LCD: 3.0 inci

Rakaman filem: [4K (3840x2160)] 29.97p / 25p / 24p / 23.98p 100Mbps hingga 10min. [Full HD (1920x1080)] 59.94p / 50p / 29.97p / 25p / 24p / 23.98p 100Mbps hingga 15 min.[HD (1280x720)] 59.94p / 50p / 29.97p / 25p / 24p / 23.98p 50Mbps hingga 30min.

Terminal: USB3.0, miroUSB, HDMI output, HDMI micro connector (Type D)

Bateri: NP-W126S Li-ion

Dimensi: 132.5 x 91.8 x 49.2mm

Berat: 507g

FUJIFILM INSTAX SP-2

Harga: RM848

Sambungan: WiFi

Warna: kelabu / emas

Kapasiti foto: 10 cetakan

Saiz imej: 62 x 46

Resolusi cetakan: 320dpi

Imej disokong: JPEG, PNG

Masa mencetak: 10 saat

Kapasiti cetakan: 100 keping

Masa mengecas: 90 minit

Dimensi: 89.5 x 131.8 x 40mm

Berat: 250g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 5:56 AM