MUHAMMAD menghasilkan pelbagai kraftangan berasaskan kayu di bengkelnya di Kampung Chendor Sempadan, Kuantan.
MUHAMMAD menghasilkan pelbagai kraftangan berasaskan kayu di bengkelnya di Kampung Chendor Sempadan, Kuantan.
Mohd Rafi Mamat

Tergantung di atas pokok dengan kepala ke bawah dan mengalami luka di dahi kerana diganggu makhluk halus antara pengalaman tidak dapat dilupakan bagi warga emas, Muhammad Draman, 61, selama 18 tahun terbabit aktiviti mencari kayu untuk menghasilkan pelbagai produk kraftangan.

Mengimbau kejadian dua tahun lalu yang hampir meragut nyawanya itu, Muhammad terpaksa menerima 40 jahitan selepas terkena dahan pokok jambu laut yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya di Kampung Chendor Sempadan, Kuantan.

Muhammad berkata, dia tidak menyangka dahan pokok jambu laut yang condong ke tanah boleh naik secara tiba-tiba ketika dipotong dan terkena dahinya hingga menyebabkannya mengalami kecederaan serius dan pada masa sama tergantung di atas pokok setinggi lapan meter dengan keadaan kepala ke bawah selama hampir sejam.

Katanya, bukan mudah untuk mendapatkan kayu yang menarik bagi menghasilkan pelbagai produk kraftangan kerana walaupun pada zahirnya pokok berkenaan bukan milik sesiapa, namun ia mempunyai ‘penunggunya’.

“Walaupun pokok berkenaan hanya tinggal tunggul, saya tidak boleh mengambilnya sesuka hati kerana ada beberapa petua dan pantang larang perlu dipatuhi bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 7:44 AM