HM Digital

Jika dulu kita sering menghubungi restoran pilihan untuk membuat tempahan meja, kini dengan adanya aplikasi eatigo, anda tidak perlu berbuat demikian.

Ia adalah aplikasi tempahan restoran untuk semua 2,000 unit restoran di bawahnya merangkumi hotel bertaraf lima bintang, kedai makan mewah sehinggalah restoran biasa.

Menariknya, setiap tempahan melalui aplikasi ini tidak akan dikenakan sebarang sebarang prapembayaran atau kos tersembunyi, sebaliknya eatigo menawarkan perkhidmatan 100 peratus percuma kepada penggunanya.

Dengan langkah mudah, ia membolehkan anda untuk mencari kedai makan berhampiran daripada 20 kategori restoran mahupun makanan berbeza seperti sushi, piza, kafe, burger, hotpot dan bufet hotel.

Selain tempahan, tawaran dan diskaun menarik sehingga 50 peratus, pengguna juga boleh menyemak setiap tempahan yang pernah dilakukan.

Gunakan eatigo di mana anda berada termasuk Malaysia dan ketika anda sedang melancong di Thailand, Singapura, Hong Kong India atau Filipina.

Jangan lupa muat turun aplikasi mudah alih ini di platform App Store dan Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 12:49 PM