MODEL menunjukkan aplikasi AirAsiaGo yang memberikan pelbagai tawaran hebat.
MODEL menunjukkan aplikasi AirAsiaGo yang memberikan pelbagai tawaran hebat.
Oleh Suliati Asri


Apabila destinasi percutian sudah ditentukan, langkah seterusnya ialah membeli tiket penerbangan, kemudian tempahan bilik hotel.

Dengan langkah yang sering dilakukan, proses menempah tiket penerbangan dan bilik hotel sering mengambil masa lama kerana terpaksa membuka beberapa laman web berlainan bagi mendapatkan harga promosi.

Keadaan ini membuatkan kita sering terlepas untuk mendapatkan harga promosi.

Justeru, bagi tempahan bilik dan penerbangan, sekali gus menikmati tawaran eksklusif AirAsiaGo.com, portal sehenti dalam talian itu melancarkan aplikasi mudah alih pintar iaitu Aplikasi AirAsiaGo Mobile.

Aplikasi AirAsiaGo.com Mobile ini membolehkan anda melihat dengan mudah lebih 365,000 hotel dari serata dunia.

Ia adalah platform mudah alih yang turut menawarkan penyelesaian pantas dan cekap untuk tempahan pada saat akhir serta mampu memenuhi keperluan mereka yang mencari tawaran hebat atau percutian bajet.

Lebih menarik, anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif mobile yang memberikan penjimatan sehingga 70 peratus tempahan hotel.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaExpedia (AAE), Kathleen Tan berkata, pihaknya sentiasa menginovasikan tawaran yang diberikan bersesuaian dengan keperluan terkini pelanggan.

“Keperluan pelanggan sentiasa berubah terutama apabila ramai pengguna sentiasa melayari telefon pintar atau tablet.

“Sebagai syarikat penerbangan moden, kami mendapati capaian laman web adalah pilihan ‘masa kini’ manakala aplikasi mobil adalah pilihan ‘masa hadapan’,” katanya.

Dengan terciptanya AirAsiaGo Mobile App ini, pelancong boleh melihat, melayari dan membuat tempahan menerusi satu aplikasi serta mengubah suai keperluan percutian secara terus.

Menerusi ciri-ciri menarik yang ditawarkan aplikasi ini, ia amat berguna bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan pada saat akhir atau percutian yang tidak dirancang kerana ia membolehkan pengguna membuat tempahan bila-bila masa sambil masih menikmati tawaran eksklusif mobile.

“Kami memberi pengguna pilihan yang tiada batasan dan jika anda inginkan percutian segera, AirAsiaGo Mobile App ada jawapannya,” katanya.

Menerusi aplikasi ini termasuk jadual penerbangan dengan notifikasi masa, status penerbangan serta peringatan daftar masuk dan keluar hotel menggunakan visual untuk memberikan pengalaman yang mesra pengguna.

Ia juga memberikan maklumat segera termasuk harga, tawaran atau ulasan daripada pengguna yang pernah menginap di hotel yang dikehendaki sebelum membuat tempahan.

Aplikasi ini juga sentiasa memberikan tawaran eksklusif yang membolehkan anda menikmati penjimatan sehingga 70 peratus.

Sebaik saja AirAsiaGo Mobile App ini dibuka, penetapan sedia ada secara automatik akan memasukkan lokasi terkini anda yang membolehkan carian mudah hotel terdekat untuk tempahan pantas.

Aplikasi ini juga membolehkah anda berkongsi jadual penerbangan dengan keluarga atau rakan.

Bagi pengguna iPhone dan Android, aplikasi kembara ini dimuatkan dengan enam bahasa dan mata wang berbeza termasuk ringgit Malaysia, Thai baht, rupiah Indonesia dan yuan renminbi China.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 10:06 AM