MAYAT yang ditemui pasukan SAR di perairan Tinagat petang tadi. FOTO ihsan APMM
MAYAT yang ditemui pasukan SAR di perairan Tinagat petang tadi. FOTO ihsan APMM
Norasikin Daineh dan Amniera Naziera Amran


Kota Kinabalu: Dua mayat termasuk kanak-kanak perempuan ditemui di perairan Tinagat, Tawau petang tadi, menjadikan sembilan mangsa disahkan lemas manakala dua masih hilang dan empat selamat setakat ini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, mayat mangsa ditemui pada 4.10 petang dengan menggunakan pesawat AW 139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Pencarian dilakukan dinsemua sektor dan berjaya menemui satu mayat kanak-kanak di 2.6 batu nautika dari perairan Tinagat dan mayat kedua lelaki dewasa di 3.8 batu nautika di kawasan sama.

"Ini menjadikan semua mangsa yang meninggal dunia ditemukan seramai sembilan orang," katanya. ketika ditemui dalam Sidang Media di Bilik Operasi APMM, di sini tadi.

Katanya lagi, SAR akan terus esok dengan dengan mengekalkan aset yang sama bagi mencari dua mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian Selasa lalu, seramai 15 individu menaiki sebuah bot dalam perjalanan dari Batu Payung menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

Bagaimanapun karam selepas dipukul ombak sehingga empat terselamat, sembilan meninggal dunia dan dua lagi hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 7:11 PM