DIESEL dalam satu adegan.
DIESEL dalam satu adegan.
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Tahun 2014 dan 2015 menjadi tempoh paling sukar buat aktor kelas A, Vin Diesel. Pelakon berusia 49 tahun itu nyata cukup terkesan dengan pemergian rakan baiknya, mendiang Paul Walker akibat nahas jalan raya pada 2013.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa menguatkan hatinya menamatkan penggambaran sekuel popular, Fast and Furious tanpa Paul di sisi. Tempoh itu disifatkannya detik yang paling huru-hara dan sukar sehingga dia tidak sanggup menerima watak seorang lelaki periang.

Bagaimanapun, di sebalik tragedi itu membuka pintu baru buatnya untuk terbabit dalam karya yang membuatkannya gembira semula.

“Saya sudah mula membayangkan untuk melakukan filem XxX: Return of Xander Cage selepas kejayaan Fast and Furious 4 pada 2009. Cuma, waktu itu saya tidak dapat mencari masa yang sesuai dan ada saja halangannya.

“Bagaimanapun, saya gembira akhirnya dapat berlakon dalam filem itu. Ia banyak membantu memulihkan pelbagai kesakitan yang saya alami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 5:05 AM