Peminat Priyanka Chopra berharap aktres itu akan membawa pelakon Baywatch ke India dalam rangka promosi filem berkenaan.

Priyanka bagaimanapun menegaskan belum ada kata putus daripada penerbit.

Dia memaklumkan akan pulang ke India selama 10 hari dan jika negara itu tidak disenaraikan dalam rangka promosi, dia akan melakukan apa saja bagi mempromosikan filem terbabit di negara sendiri.

“Peluang pelakon Baywatch datang ke India mungkin tipis. Saya pun belum tahu apa perancangan pemasaran Paramount Pictures,” katanya.

Selepas pulang ke India, Priyanka akan kembali ke Amerika Syarikat bagi memenuhi komitmennya dalam beberapa projek lagi selain mempromosikan Baywatch di negara itu.

Awal tahun ini, Deepika Padukone yang membintangi xXx: Return of the Xander Cage membawa pulang hero filem itu, Vin Diesel. Oleh itu, peminat berharap Priyanka juga akan melakukan perkara sama ketika pulang ke India.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 2:30 AM