ALI (kiri) dan penduduk melihat kolam yang terbentuk akibat aktiviti bauksit.
ALI (kiri) dan penduduk melihat kolam yang terbentuk akibat aktiviti bauksit.
Mohd Fauzi Abdullah


Kuantan: Bukan saja kolam bekas lombong bauksit malah cerun setinggi 50 meter (m) menjadi igau- an kepada penduduk berdekatan Kampung Jeram, Beserah, di sini.

Berdasarkan tinjauan Harian Metro di kawasan itu semalam, cerun dan kolam dengan kedalaman hampir 10m di atas bukit di kawasan itu mengundang bahaya kepada penduduk perumahan berdekatan.

Ia ibarat perangkap maut berikutan kejadian banjir lumpur boleh berlaku jika hujan, sekali gus menyebabkan tanah dari atas bukit ‘turun’ dan menjejaskan penduduk Taman Beserah serta Taman Satelit yang berada kurang 500m dari kawasan berkenaan.

Lebih membimbangkan, jika hujan lebat sudah pasti kolam bekas lombong bauksit di atas bukit itu tidak mampu menampung air.

Bagaimanapun, ketika tinjauan dilakukan kolam berkeluasan seperti gelanggang bola tampar yang terbentuk akibat aktiviti perlombongan bauksit itu tidak menakung air, namun keadaan tanahnya lembap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 8:14 AM