MANGSA ditemui kira-kira dua meter di bawah runtuhan tanah. FOTO ihsan bomba
MANGSA ditemui kira-kira dua meter di bawah runtuhan tanah. FOTO ihsan bomba

Cameron Highlands: Seorang buruh warga Indonesia yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Desa Corina, Kampung Raja, dekat sini, ditemui mati di bawah timbunan tanah, 11.35 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, mangsa yang identitinya dikenali sebagai Zainullah, 27, dari Jawa Timur, ditemui kira-kira dua meter di bawah runtuhan tanah.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap.

"Usaha mencari mangsa dilakukan sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang semalam," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 9:45 AM