Lelaki Libya yang bergayut di bahagian luar balkoni rumahnya sebelum diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Lelaki Libya yang bergayut di bahagian luar balkoni rumahnya sebelum diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Siti A'isyah Sukaimi

Cyberjaya: Lelaki warga Libya mengundang gempar apabila bergayut di bahagian luar balkoni rumahnya di tingkat lima di kondominium di sini, hari ini sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisam Mat Yasih berkata, tindakan pantas pihaknya yang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.13 petang berjaya menyelamatkan lelaki berusia 30-an itu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati seorang lelaki warga Libya sedang bergayut di bahagian luar balkoni rumahnya di tingkat lima dan dia dipercayai cuba membunuh diri.

"Anggota bomba yang berada di lokasi mengambil masa kira-kira satu jam memujuk lelaki terbabit serta berjaya dan membawanya ke tempat lebih selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hisam berkata, pihaknya belum dapat memastikan motif kejadian berkenaan berikutan anggota bomba mengalami masalah komunikasi dengan lelaki itu.

Katanya, lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 10:37 PM