ULAR sawa sepanjang kira-kira empat meter dan seberat kira-kira 75 kilogram tersangkut di jaring ikan penduduk di sekitar Batu Anam, Segamat. FOTO Ahmad Ismail
ULAR sawa sepanjang kira-kira empat meter dan seberat kira-kira 75 kilogram tersangkut di jaring ikan penduduk di sekitar Batu Anam, Segamat. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail

Segamat: Dua puluh ular pelbagai spesies ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Segamat sepanjang musim tengkujuh ini terutama di kawasan terbabit banjir.

Pegawai APM Daerah Segamat, Staff Muda (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, reptilia terdiri daripada ular sawa dan tedung selar serta beberapa spesies berbisa lain ditangkap di dalam rumah serta kawasan berhampiran yang dilanda banjir sepanjang 24 Januari lalu sehingga semalam.

“Kehadiran spesies itu dalam jumlah agak tinggi ketika banjir disebabkan dihanyutkan air atau mencari lokasi tempat baru berlindung berikutan habitat mereka di kawasan paya dan semak dinaiki air,” katanya ditemui di Jalan Omar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua haiwan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan dan Perlindungan Liar (PERHILITAN) Daerah Segamat untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 10:11 PM