GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Osman


Sungai Petani: Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan suami isteri dan merampas 120 kilogram dadah ganja berhampiran Plaza Tol Sungai Petani Utara, hari ini.

Dalam serbuan 6.15 petang itu, suspek berusia 37 tahun menaiki kereta ditahan STING selepas menerima maklumat berhubung kegiatan mereka.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sejumlah ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja yang disembuyikan.

"Suspek kemudian ditahan dan kesemua dadah serta kereta yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Darah ( IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya turut mengucapkan syabas atas kejayaan STING itu.

"Syabas lagi STING @PDRMsia dlm usha memerangi dadah, bjaya tkap 2 org di tol Utara, Sg Petani, rampas 120 kg ganja. #GoPDRMGo," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 11:39 PM