Hadzlihady Hassan


Georgetown: Lelaki berusia 34 tahun yang membawa syabu dalam bungkusan teh China ditahan dalam serbuan berhampiran sebuah pasar raya di Jelutong, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye berkata, serbuan terbabit dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman yang melakukan risikan dan juga hasil maklumat awam.

Menurutnya, dalam serbuan jam 4 petang itu, polis merampas syabu seberat 10.4 kilogram bernilai kira-kira RM 700, 000.

"Suspek menyembunyikan dadah terbabit dalam bungkusan teh bagi mengaburi mata orang ramai.

"Dia kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 11:04 AM
Chuah (tengah) menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina. FOTO Ramdzan Masiam
Chuah (tengah) menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina. FOTO Ramdzan Masiam