FARHAN mewakili Anwar menghulurkan sumbangan Bob Kelana Jaya. FOTO Facebook Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
FARHAN mewakili Anwar menghulurkan sumbangan Bob Kelana Jaya. FOTO Facebook Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Azman Hassan atau dikenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya, seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi baru-baru ini untuk membantu urusan harian dan perubatan Bob.

"Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatan beliau terutamanya untuk menampung kos rawatan dialisis dan ubat.

"Sebagai sebahagian dari kerangka Ziarah Madani, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telah pun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya," katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Bob dikurniakan kesembuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 7:01 PM