APM menyelamatkan murid dan guru yang terperangkap di SK Linggi, Gua Musang. FOTO Ihsan APM
APM menyelamatkan murid dan guru yang terperangkap di SK Linggi, Gua Musang. FOTO Ihsan APM
Rohaida Omar


Kuala Krai : Seramai 12 murid Orang Asli dan lapan guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Linggi, Gua Musang diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas terperangkap hampir tiga jam akibat banjir.

Mereka terperangkap sejak jam 9 pagi selepas air dari sungai berhampiran melimpah menyebabkan laluan dan kawasan sekolah ditenggelami air.

Pegawai APM Daerah Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan memindahkan murid, guru dan kakitangan terbabit berikutan cawangan APM Kuala Krai berada paling hampir dengan lokasi kejadian.

"Dengan kekuatan 10 anggota APM serta empat anggota PDRM, kami bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua bot.

"Mereka berjaya dibawa keluar menggunakan bot sebelum menaiki lori disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) untuk dihantar ke rumah masing-masing di Aring," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 5:25 PM