Anggota APM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Kampung Air Melintas Besar pagi tadi. FOTO Zulfa Mohamad
Anggota APM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Kampung Air Melintas Besar pagi tadi. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

Tasek Gelugor: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa batik seberat hampir 80 kilogram yang bersembunyi dalam reban ayam di Kampung Air Melintas Besar, dekat sini, 2 pagi tadi.

Reptilia berkenaan dipercayai sudah menelan dua hingga tiga ekor ayam ketika ditangkap.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Butterworth Leftenan (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, seramai enam anggota APM ke lokasi sebaik menerima panggilan penduduk pada 1.30 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggotanya mendapati seekor sawa sepanjang enam meter dalam reban ayam milik seorang penduduk.

"Ular sawa berkenaan dipercayai kekenyangan selepas memakan ayam dan anggota APM mengambil masa dua jam untuk memasukkan reptilia berkenaan ke dalam sangkar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:22 AM